Fred Astaire
Fred Astaire

Fred Astaire

Fred Astaire (lahir Frederick Austerlitz;[1] 10 Mei 1899 – 22 Jun 1987) merupakan penari, penyanyi, pelakon, ahli koreografi dan pengacara televisyen Amerika Syarikat. Beliau dikenali sebagai salah seorang penari paling berpengaruh dalam sejarah filem dan televisyen muzikal.[2]Kerjaya beliau dalam pementasan dan diikuti dengan filem dan televisyen bertahan selama 76 tahun, di mana beliau pernah membintangi lebih daripada 10 muzikal Broadway dan London, 31 buah filem muzikal, 4 rancangan televisyen khas, dan mengeluarkan sejumlah rakaman. Beliau turut banyak bergandingan dengan rakan tarian dan pasangan romantik di layar filem, Ginger Rogers. Astaire dinamakan oleh American Film Institute sebagai bintang lelaki kelima terhebat perfileman Hollywood Klasik menerusi 100 Years... 100 Stars.[3][4]Gene Kelly, berkata "sejarah tarian dalam filem bermula dengan Astaire." Kemudian Kelly menambah, "satu-satunya penari yang akan diingati hari ini."[5] Beliau dikatakan turut banyak mempempengaruhi penari dah ahli koreografi, termasuklah Rudolf Nureyev, Sammy Davis Jr., Michael Jackson, Gregory Hines, Mikhail Baryshnikov, George Balanchine, Jerome Robbins, and Madhuri Dixit.Astaire telah meninggal dunia akibat pneumonia pada 22 Jun 1987 di usia 88 tahun. Sebelum kematiannya, Astaire pernah berkata: "Saya tidak mahu meninggalkan dunia ini tanpa mengetahui siapa keturunan saya, terima kasih Michael"—dengan merujuk kepada Michael Jackson.[6] Beliau telah dikebumikan di Chatsworth, California. Salah satu permintaan terakhirnya adalah untuk mengucapkan penghargaan kepada peminatnya atas sokongan mereka selama ini. Kehidupan Astaire tidak pernah difilemkan. Beliau sering menolak tawaran untuk difilemkan dengan berkata, "Walaupun banyak yang mereka tawarkan saya—dan tawaran datang setiap masa—saya tidak akan menjual."[7] Astaire akan memasukkan satu klausa yang meminta bahawa tidak ada penggambaran sedemikian yang berlaku; beliau berkata, "Ia adalah kerana saya tidak mempunyai keinginan tertentu untuk kehidupan saya disalahtafsirkan, dimana ia akan berlaku."[8]

Fred Astaire

Pekerjaan
  • Penari
  • penyanyi
  • pelakon
  • pengacara
  • ahli koreografi
  • pemuzik
Pasangan Phyllis Livingston Potter
(k. 1933; her death 1954)
Robyn Smith
(k. 1980; his death 1987)
Anak 2
Tahun aktif 1904–1981
Meninggal dunia 22 Jun 1987(1987-06-22) (umur 88)
Los Angeles, California, A.S.
Saudara Adele Astaire (kakak)
Kelahiran Frederick Austerlitz
(1899-05-10)10 Mei 1899
Omaha, Nebraska, A.S.